Kes harian di Arab Saudi lepasi 4,000

RIYADH 31 Jan. – Selepas dua hari bertahan dengan jumlah kes di bawah angka 4,000, Arab Saudi hari ini merekodkan 4,211 kes baharu Covid-19 berbanding 3,669 semalam dan 3,913 pada hari sebelumnya.

Dalam tempoh 24 jam, Kementerian Kesihatan juga melaporkan empat kematian berbanding tiga kes semalam dan dua sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 687,264 orang dengan kematian meningkat kepada 8,940 orang.

Riyadh mendahului kes jangkitan dengan merekodkan 1,507 kes diikuti Jeddah 295, Dammam 224, Hofuf 180, Makkah 137 in Makkah dan Abha 118 manakala bandar lain kurang daripada 100 kes.

Sebanyak 5,162 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih mencecah 640,353.

Dan dalam kalangan kes aktif, sebanyak 967 berada dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment