2023 tahun luar biasa – Guan Eng

PUTRAJAYA 31 Dis. –  Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengucapkan selamat tahun baharu 2023 dengan harapan tahun 2023 akan dirahmati dan menjadi tahun yang luar biasa.

“Kini tiba masanya untuk lupakan yang sudah lepas dan raikan permulaan baharu! Semoga tahun baru ini kita sama-sama dirahmati. Kejarlah cita-cita dan manfaatkan tahun baru 2023 ini sepenuhnya kerana hidup ini tidak lama.

“Semoga anda seisi keluarga sentiasa sihat, memperoleh rezeki yang baik dan bahagia pada tahun mendatang,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Guan Eng bersama bapanya, Lim Kit Siang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak dinyatakan bila pertemuan itu diadakan sebaliknya catatan itu menyatakan sinar harapan  terus terpancar dengan ikatan bersekutu dan bersetia!

“Setelah 23 tahun berjuang, Anwar Ibrahim akhirnya berjaya mengisi kekosongan di Pejabat Perdana Menteri. Perbincangan sebelum ini amat positif terutamanya seputar cabaran Tahun Baharu 2023 yang bakal dihadapi negara yang semakin pulih disebalik keresahan di peringkat antarabangsa.

“Malaysia teguh bersama!,” kata Guan Eng.

Related posts

Leave a Comment