583 kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 31 Dis. – Jumlah kes jangkitan kes harian Covid-19 kekal di bawah 1,000 tetapi melebihi 500 kes apabila 583 kes direkodkan semalam berbanding 679 yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Menurut portal KKMNOW, sebanyak 576 kes tempatan dan tujuh kes import dilaporkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat kepada 4,987,633 dan 38,531 kes import.

Bagi tempoh yang sama, satu kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 36,852 orang meninggal dunia termasuk 7,852 kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Sementara itu, kes aktif semalam turun sebanyak 348 menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 12,322 di mana daripada jumlah itu, 11,653 atau 94.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC),

Sebanyak 637 pesakit atau 5.2 peratus sedang mendapat rawatan di hospital di mana 32 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), iaitu 16 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) dan selebihnya tidak.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 930 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,976,990 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment