Abang Jo KM Sarawak ke-7

PETRA JAYA 18 Dis. – Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) diberi mandat baharu untuk mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12. Istiadat Angkat Sumpah Pengerusi GPS itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Balai Mengadap Utama, Astana Negeri, di sini. Abang Johari, 71, yang lengkap berbaju Melayu hitam dan bersongkok mengangkat sumpah jawatan pada pukul 10.42 malam. Beliau sebelum itu tiba di Astana Negeri pada pukul 10.04 malam diiringi isteri, …

Read More

PKR ulangi kegagalan PRN Melaka di Sarawak

KUCHING 18 Dis. – Selepas kecundang di Melaka pada 20 November lalu, PKR sekali lagi mengulangi kegagalannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila tewas kesemua 28 kerusi yang ditandingi pada PRN Sarawak ke-12. Satu lagi parti komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu Amanah kalah di semua lapan kerusi yang ditandinginya malah. Satu-satunya parti asal Semenanjung yang juga komponen PH yang menang adalah DAP yang mengekalkan dua kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan melalui Chong Chieng Jien dan DUN Pending melalui Violet Yong. Setakat pukul 10 malam ini, parti pembangkang tempatan,…

Read More

Baru Bian kekal kerusi DUN Ba’Kelalan

MIRI 18 Dis. – Baru Bian, yang bertanding sebagai calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, mengekalkan kemenangan beliau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan. Baru memperoleh majoriti 680, apabila menang dengan 2,687 undi menewaskan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sam Laya yang mendapat 2,007 undi. Tiga lagi pencabarnya, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Peter Asut mendapat 110 undi; Martin Samuel Labo daripada PKR (57 undi) dan calon Bebas, Agnes Padan menerima hanya 55 undi, menjadikan masing-masing kehilangan wang deposit. Kemenangan Baru pada PRN kali…

Read More

Ali dapat 1,777 undi selepas tarik diri

SARATOK 18 Dis. – Ahli Parlimen Saratok dari Bersatu, Ali Biju yang menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas berjaya memperoleh 1,777 undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian. Beliau memperoleh undi ketiga tertinggi selepas calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Friday Belik memperoleh 3,885 undi diikuti pencabar terdekatnya, Musa Dinggat daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang memperoleh 2,953 undi. Friday Belik menang dengan majoriti 932 undi manakala seorang lagi calon Bebas, Danny Kuan daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) pula memperoleh 282 undi. Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber…

Read More

8.45 malam, 45 kerusi GPS bentuk kerajaan

KUCHING 18 Dis. – Setakat pukul 8.45 malam ini, Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan GPS berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertanding atau majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 itu. Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh mengumumkan kejayaan GPS itu pada sidang media malam ini. GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik…

Read More

Abang Johari menang DUN Gedong

KUCHING 18 Dis. – Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Openg, menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Gedong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12 Sarawak) dengan majoriti 3,607 undi. Abang Johari menewaskan tiga pencabar lain apabila memperoleh 4,310 undi berbanding calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, yang memperoleh 703 undi. Dua lagi calon iaitu Tomson Ango dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) memperoleh 157 undi, manakala calon Parti Amanah Negara (Amanah), mendapat 94 undi. foto Jabatan Penerangan Sarawak

Read More

Dos penggalak Sinovac berkesan 94%

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Dos penggalak vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Biotech (Sinovac) berkesan sehingga 94 peratus terhadap varian baharu Covid-19, Omicron. Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dalam kenyataan memaklumkan, itu antara hasil penemuan awal dalam kajian oleh Sinovac membabitkan tiga dos vaksin itu dengan dua strain Omicron yang diperoleh dari Hong Kong. Keputusan ujian makmal terkini menunjukkan apabila diuji dengan strain Omicron, 35 peratus daripada 20 sampel serum membabitkan penerima dua dos vaksin CoronaVac diuji positif bagi antibodi peneutral virus. Bagi penerima tiga dos vaksin, 94 peratus atau 45 daripada 48…

Read More

4,083 kes baharu Malaysia

PUTRAJAYA 18 Dis. – Sebanyak 4,083 kes baharu Covid-19 direkodkan pada hari ini, menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,362 kes semalam . Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, angka terbaharu itu  menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,715,847 kes setakat ini. Katanya, daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 34 kes import melibatkan 27 warganegara dan tujuh 7 bukan warganegara manakala 4,049 kes tempatan melibatkan 3,714 warganegara dan 335 bukan warganegara. Sebanyak 5,435 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,630,680 kes. Daripada 4,083 kes harian yang dilaporkan…

Read More

Kes baharu tinggi di Australia

MELBOURNE 18 Dis. – Australia melaporkan rekod tinggi kes baharu Covid-19 buat hari ketiga berturut-turut hari ini dengan penularan makin meluas di dua wilayah paling ramai penduduk. Wilayah New South Wales melaporkan 2,482 kes baharu , Victoria melaporkan 1,504 kes baharu manakala Queensland melaporkan 31 kes baharu hari ini, secara keseluruhannya mengatasi jumlah kes tertinggi sebelum ini di Austalia – iaitu 3,820 kes yang dicatat sehari sebelumnya. Perdana Menteri Scott Morrison menekankan bahawa perhatian sepatutnya ditumpukan kepada jumlah kemasukan ke hospital dan unit jagaan rapi (ICU) serta yang memerlukan bantuan…

Read More