Abang Johari menang DUN Gedong

KUCHING 18 Dis. – Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Openg, menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Gedong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12 Sarawak) dengan majoriti 3,607 undi.

Abang Johari menewaskan tiga pencabar lain apabila memperoleh 4,310 undi berbanding calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, yang memperoleh 703 undi.

Dua lagi calon iaitu Tomson Ango dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) memperoleh 157 undi, manakala calon Parti Amanah Negara (Amanah), mendapat 94 undi.

foto Jabatan Penerangan Sarawak

Related posts

Leave a Comment