PKR ulangi kegagalan PRN Melaka di Sarawak

KUCHING 18 Dis. – Selepas kecundang di Melaka pada 20 November lalu, PKR sekali lagi mengulangi kegagalannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila tewas kesemua 28 kerusi yang ditandingi pada PRN Sarawak ke-12.

Satu lagi parti komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu Amanah kalah di semua lapan kerusi yang ditandinginya malah.

Satu-satunya parti asal Semenanjung yang juga komponen PH yang menang adalah DAP yang mengekalkan dua kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan melalui Chong Chieng Jien dan DUN Pending melalui Violet Yong.

Setakat pukul 10 malam ini, parti pembangkang tempatan, Parti Sarawak Bersatu (PSB) menang empat DUN iaitu Bawang Assan, Ba’kelalan, Batu Lintang dan Engkilili.

Related posts

Leave a Comment