4,083 kes baharu Malaysia

PUTRAJAYA 18 Dis. – Sebanyak 4,083 kes baharu Covid-19 direkodkan pada hari ini, menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,362 kes semalam .

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, angka terbaharu itu  menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,715,847 kes setakat ini.

Katanya, daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 34 kes import melibatkan 27 warganegara dan tujuh 7 bukan warganegara manakala 4,049 kes tempatan melibatkan 3,714 warganegara dan 335 bukan warganegara.

Sebanyak 5,435 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,630,680 kes.

Daripada 4,083 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 69 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,014 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sementara itu, sebanyak 391 kes (314 kes disahkan Covid-19; 77 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi,

215 kes (145 kes disahkan Covid-19; 70 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)  memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak tiga kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 6,077 kluster di mana 5,825 kluster telah tamat, dan 252 kluster aktif.

Related posts

Leave a Comment