Baru Bian kekal kerusi DUN Ba’Kelalan

MIRI 18 Dis. – Baru Bian, yang bertanding sebagai calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, mengekalkan kemenangan beliau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan.

Baru memperoleh majoriti 680, apabila menang dengan 2,687 undi menewaskan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sam Laya yang mendapat 2,007 undi.

Tiga lagi pencabarnya, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Peter Asut mendapat 110 undi; Martin Samuel Labo daripada PKR (57 undi) dan calon Bebas, Agnes Padan menerima hanya 55 undi, menjadikan masing-masing kehilangan wang deposit.

Kemenangan Baru pada PRN kali ini menjadikan beliau dipilih menjadi wakil rakyat di Ba’kelalan untuk penggal ketiga selepas PRN 2011 dan 2016.

Pada PRN 2016, Baru yang bertanding di atas tiket PKR menewaskan calon Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), yang kini dijenamakan semula sebagai Parti Demokratik Progresif (PDP), juga dengan majoriti 538 undi

Related posts

Leave a Comment