Indonesia tambah 190 kes baharu

JAKARTA 14 Dis. – Indonesia merekodkan 190 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini sebanyak 4,110,574 orang dengan kes aktif 4,905. Sebanyak 247 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,110,574 orang pulih daripada jangkitan. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan jumlah kumulatifnya mencapai 143,960 orang. Sementara itu, lima provinsi dengan kes tertinggi adalah Jawa Barat yang menambah 39 kes dan kumulatifnya 708,396, diikuti Jawa Timur 27 (399,769), Jakarta 20 (864,426), Jawa Tengah 16 (486,658) dan Kalimantan Barat 10 (41,621).…

Read More

Singapura kesan 16 kes Omicron

SINGAPURA 14 Dis. – Singapura mengesahkan lapan kes baharu Omicron hari ini manakala enam kes Omicron awal yang dilaporkan sebelum ini juga disahkan menerusi penjujukan genomik. Pengerusi bersama pasukan petugas pelbagai kementerian (MTF) mengenai Covid-19 republik itu, Gan Kim Yong berkata, setakat ini Singapura mengesan 16 kes varian Omicron, melibatkan 14 kes import dan dua kes tempatan. Katanya, virus Omicron kini dikesan di lebih 60 negara di seluruh dunia dan dijangka akan terus merebak ke banyak negara lain dari semasa ke semasa. “Kami akan terus memantau rapat situasi global,” kata Gan…

Read More

Kes di Thailand turun kepada 2,862

BANGKOK 14 Dis. – Thailand terus menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan 2,862 kes berbanding 3,398 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,174,906. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 37 kematian dilaporkan berbanding 23 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 21,231 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 2,845 kes adalah dalam kalangan orang awam termasuk 19 kes import dan 17 dalam kalangan banduan. Semalam sebanyak 4,818 kes Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kesembuhan 2,106,144 orang. Bagi kes kematian,…

Read More

Seni khat….

Hasil karya terbaharu Haji Anwar Khan, ahli kariah Masjid Bandar Seri Putra. Surah al-Fatihah. Surah pertama yang diturunkan secara lengkap. Surah pembuka al-Quran Surah penawar/penyembuh penyakit Surah yang eksklusif, diturunkan hanya untuk Nabi SAW Surah yang menjadi rukun solat. Surah yang diberi banyak gelaran kerana keistimewaannya

Read More

235 kes baharu di Filipina

MANILA 14 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 235 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,836,868 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 780 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 2,775,991 orang pulih daripada Covid-19. Jumlah kematian pula meningkat kepada 50,351 orang apabila 10 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu, jumlah kes aktif berkurangan hari ini kepada 10,526 berbanding 11,083 kes yang direkodkan semalam.

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 13 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.94 berbanding 0.95 pada hari sebelumnya. Dua belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi dengan Negeri Sembilan merekodkan 1.02 diikuti Pahang, Perlis, dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 1.01, dan Melaka 1.00. Ini diikuti Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor masing-masing merekodkan 0.99, Terengganu 0.98, Kelantan 0.98, Selangor 0.96 dan Kedah 0.94. Negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.94 adalah Wilayah Persekutuan Labuan 0.93, Sabah 0.86, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.86 dan Sarawak 0.73.

Read More

Sentuh Hajarulaswad secara maya

ARAB SAUDI: Arab Saudi melancarkan inisiatif “Virtual Black Stone” (Hajar Aswad maya) yang membolehkan para bakal jemaah menyentuh Hajarulaswad secara maya. Inisiatif itu, membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR. Presiden Umum Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais, melancarkan inisiatif tersebut di pejabatnya. Insiatif (Virtual Hajar Aswad) itu dilancarkan oleh Agensi Hal Ehwal Pameran dan Muzium, yang diwakilkan oleh Pentadbiran Am Pameran Digital, dengan kerjasama Institusi Penjaga Dua Masjid Suci bagi Kajian Haji dan Umrah di…

Read More

VTL diperluaskan mulai 20 Dis.

SINGAPURA 14 Dis. – Mulai 20 Disember ini, Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) Singapura-Malaysia melalui Tambak diperluaskan bagi membolehkan lebih banyak kumpulan penduduk melakukan perjalanan antara kedua-dua negara. Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, protokol ujian semasa di Singapura dan Malaysia tidak berubah. Semua pelawat yang memasuki Singapura perlu mematuhi protokol ujian sedia ada dan langkah pengurusan selamat, termasuk menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) Covid-19 setiap hari selama tujuh hari.  Ujian ART itu boleh dilakukan sendiri, tetapi pada hari ketiga dan ketujuh, ujian itu harus dilakukan…

Read More

Muda: Kemenangan demokrasi negara

PUTRAJAYA 14 Dis. – Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Menteri Dalam Negeri mendaftarkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bukan kemenangan Muda semata-mata sebaliknya kepada sistem demokrasi negara. Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu akan membolehkan parti itu menyuarakan pandangan dan kritikan dalam usaha membangunkan negara. Ahli Parlimen Muar itu berkata, kewujudan Muda bukan untuk membakar jambatan atau bermusuhan dengan parti lain. Sebaliknya, beliau berkata, ia mahu membina jambatan serta membangunkan negara yang berbilang bangsa dan agama, melalui pendekatan memperkasakan politik khidmat supaya tidak ada sesiapa terutama…

Read More

Muda juga didaftar atas arahan mahkamah

PUTRAJAYA 14 Dis. – Selepas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), kini giliran Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pula didaftarkan atas arahan Mahkamah Tinggi selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) menolak permohonan kedua-dua parti itu. Pejuang didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah pada Julai 2021 manakala Muda akan didaftarkan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini. Sebelum ini Mahkamah Tinggi pada 25 Jun 2021 memerintahkan Menteri Dalam Negeri untuk membuat keputusan berhubung permohonan Pejuang untuk didaftarkan sebagai parti politik, dalam tempoh 14 hari. Keputusan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan Pejuang untuk…

Read More