Sentuh Hajarulaswad secara maya

ARAB SAUDI: Arab Saudi melancarkan inisiatif “Virtual Black Stone” (Hajar Aswad maya) yang membolehkan para bakal jemaah menyentuh Hajarulaswad secara maya.

Inisiatif itu, membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR.

Presiden Umum Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais, melancarkan inisiatif tersebut di pejabatnya.

Insiatif (Virtual Hajar Aswad) itu dilancarkan oleh Agensi Hal Ehwal Pameran dan Muzium, yang diwakilkan oleh Pentadbiran Am Pameran Digital, dengan kerjasama Institusi Penjaga Dua Masjid Suci bagi Kajian Haji dan Umrah di Universiti Umm Al-Qura.

Al-Sudais berharap inisiatif tersebut dapat “memanfaatkan realiti maya (VR) dan pengalaman digital untuk mewujudkan simulasi keadaan sebenar.

Beliau juga menekankan pentingnya untuk “mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya demi demi merangkumi bidang kuasa di bawah penjaga dua masjid suci.

Related posts

Leave a Comment