Indonesia tambah 190 kes baharu

JAKARTA 14 Dis. – Indonesia merekodkan 190 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini sebanyak 4,110,574 orang dengan kes aktif 4,905.

Sebanyak 247 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,110,574 orang pulih daripada jangkitan.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan jumlah kumulatifnya mencapai 143,960 orang.

Sementara itu, lima provinsi dengan kes tertinggi adalah Jawa Barat yang menambah 39 kes dan kumulatifnya 708,396, diikuti Jawa Timur 27 (399,769), Jakarta 20 (864,426), Jawa Tengah 16 (486,658) dan Kalimantan Barat 10 (41,621).

Bagi kes sembuh, lima provinsi yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi adalah Jawa Barat 78 orang dan kumulatifnya 692,885 diikuti Jawa Tengah 33 (455,297), Jakarta 25 ( 850,591), Jawa Timur 23 (369,908) dan Yogyakarta 21 (151,332).

Mengenai kematian, Jawa Timur merekodkan tiga kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan 29,719, Jawa Barat 14,749 kes, sementara enam provinsi lainnya menambahkan satu kes termasuk Jawa Tengah dengan kumulatifnya 30,255 kes.

Bagi program vaksinasi, penerima vaksin dos pertama bertambah sebanyak 592,437 dengan jumlah keseluruhan 147,468,396 manakala penerima vaksinasi kedua bertambah 539,461 orang dan jumlahnya meningkat kepada 103,638,318 orang. Jumlah penerima harian vaksin ketiga pula adalah 1,332 dengan kumulatifnya 1,261,797 orang.

Related posts

Leave a Comment