235 kes baharu di Filipina

MANILA 14 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 235 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,836,868 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 780 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 2,775,991 orang pulih daripada Covid-19.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 50,351 orang apabila 10 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, jumlah kes aktif berkurangan hari ini kepada 10,526 berbanding 11,083 kes yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment