Kes di Thailand turun kepada 2,862

BANGKOK 14 Dis. – Thailand terus menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan 2,862 kes berbanding 3,398 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,174,906.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 37 kematian dilaporkan berbanding 23 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 21,231 orang meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 2,845 kes adalah dalam kalangan orang awam termasuk 19 kes import dan 17 dalam kalangan banduan.

Semalam sebanyak 4,818 kes Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kesembuhan 2,106,144 orang.

Bagi kes kematian, mereka yang meninggal dunia termasuk warga Myanmar dan p dalam lingkungan usia 25 hingga 95 tahun dengan kematian tertinggi di Bangkok (12), serta di wilayah utara (11) dan selatan (5).

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi iaitu 570 diikuti Nakhon Si Thammarat (225), Chon Buri (136), Songkhla (119), Surat Thani (106), Samut Prakan (102), Chiang Mai (93), Trang (70), Nakhon Ratchasima (62) dan Krabi serta Nakhon Sawan masing-masing 61 kes.

Sebanyak 19 kes import melibatkan dari Rusia (2), Jerman(4), Sepanyol (2), United Kingdom (4), Kemboja (1), Pakistan (1), Belgium (1), Israel (2) dan Amerika Syarikat (2).

Pada Isnin, sebanyak 47,531 pesakit mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital termasuk 1,039 pesakit kritikal dan 296 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment