Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 13 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.94 berbanding 0.95 pada hari sebelumnya.

Dua belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi dengan Negeri Sembilan merekodkan 1.02 diikuti Pahang, Perlis, dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 1.01, dan Melaka 1.00.

Ini diikuti Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor masing-masing merekodkan 0.99, Terengganu 0.98, Kelantan 0.98, Selangor 0.96 dan Kedah 0.94.

Negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.94 adalah Wilayah Persekutuan Labuan 0.93, Sabah 0.86, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.86 dan Sarawak 0.73.

Related posts

Leave a Comment