48 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 10 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan peningkatan tetapi masih di bawah 50 kes dengan jumlah yang direkodkan hari ini sebanyak 48 berbanding 45 semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, seorang lagi dilaporkan meninggal dunia, angka yang sama dilaporkan sehari sebelumnya. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 550,136 kes dengan jumlah kematian akibat virus berkenaan sebanyak 8,851. Sebanyak 61 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 539,338. Dalam tempoh yang sama, dalam kalangan kes aktif.sebanyak 29 kes…

Read More

Singapura catat 454 kes

SINGAPURA 10 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 454 kes baharu Covid-19 di Singapura, turun sedikit berbanding 682 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 272,433 kes. Setakat tengah hari ini, empat kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 436 orang meninggal dunia. Daripada 454 kes baharu itu, sebanyak 436 adalah kes dalam masyarakat, empat kes di asrama pekerja asing dan 14 kes import. Menurut MoH, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.56, jatuh daripada 0.58 pada Khamis. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.…

Read More

379 kes baharu di Filipina

MANILA 10 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 379 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 2,836,200 sejak pandemik dilaporkan. Menurut DoH, setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 631 pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 2,774,334 atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 25 lagi individu meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 49,961 orang. Bagaimanapun, daripada 25 kematian, lima berlaku pada Disember 2021 (20%), enam pada November 2021 (24%), tujuh pada Oktober 2021 (28%), lima pada September 2021…

Read More

Thailand catat 4,193 kes harian

PUTRAJAYA 10 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan sedikit penurunan apabila merekodkan 4,193 kes berbanding 4,203 yang direkodkan semalam. Begitu juga dengan jumlah kematian yang mencatatkan 28 orang berbanding 38 yang meninggal dunia semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 2,160,780 dan kematian pula seramai 21,112. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kes hari ini meliputi 4,172 kes dalam kalangan masyarakat awam termasuk 29 kes import manakala 21 kes lagi melibatkan banduan. Semalam sebanyak 7,863 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah…

Read More

Kes harian Malaysia turun sedikit

PUTRAJAYA 9 Dis. – Sebanyak 5,058 kes positif baharu Covid-19 termasuk 17 kes import dilaporkan di negara ini setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,683,523 kes. Jumlah itu bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding 5,446 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, daripada 5,058 kes harian yang dilaporkan hari ini, 80 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,978 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Sebanyak 4,997 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.97

PUTRAJAYA 10 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.97 dengan kadar tertinggi 1.04 yang direkodkan di Perlis. Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing merekodkan 1.03 diikuti Pulau Pinang 1.02 dan Pahang 1.00. Ini diikuti Selangor 0.98, manakala Kedah, Perak, Terengganu dan Johor masing-masing mencatatkan 0.97. Kelantan 0.96, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.95, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.90, Sabah 0.88, Wilayah Persekutuan Labuan 0.83 dan Sarawak 0.71.

Read More

41 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 10 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 41 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,787 orang, daripada 2.67 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada 41 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilapor itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 60,856 kes aktif Covid-19…

Read More

78 % penduduk lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 10 Dis. – Setakat semalam, sebanyak 78 peratus atau 25,485,174 daripada populasi keseluruhan telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 79.3 peratus atau 25,909,612 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Menurut data COVIDNOW, sebanyak 98.6 peratus atau 23,071,502 daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 97.2 peratus atau 22,752,434 telah lengkap dua dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,732,740 individu atau 86.8 peratus telah melengkapkan dua dos sementara 90.1 peratus atau 2,838,110 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi dos penggalak pula, 128,791 dos diberikan semalam menjadikan jumlah penerima dos…

Read More

Vaksin : Austria mahu wajib, denda

KERAJAAN pimpinan Konservatif Austria merancang untuk  mewajibkan vaksin C-19 ke atas individu berusia 14 tahun dan ke atas  serta mengenakan denda kepada mereka yang ingkar sebanyak 3,600 Euro (RM17,000) setiap tiga bulan. Austria ketika ini adalah salah satu negara di Eropah Barat yang mencatat kadar paling rendah di mana ketika ini sekita 68 peratus penduduk Austria lengkap divaksin. “Kami bukan mahu menghukum mereka yang tidak divaksin. Kami mahu memenangi hati mereka dan meyakinkan mereka supaya menerima vaksin,” kata Menteri Hal-ehwal Perlembagaan Karoline Edtstadler. Pengecualian akan diberi kepada wanita hamil dan…

Read More