Thailand catat 4,193 kes harian

PUTRAJAYA 10 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan sedikit penurunan apabila merekodkan 4,193 kes berbanding 4,203 yang direkodkan semalam.

Begitu juga dengan jumlah kematian yang mencatatkan 28 orang berbanding 38 yang meninggal dunia semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 2,160,780 dan kematian pula seramai 21,112.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kes hari ini meliputi 4,172 kes dalam kalangan masyarakat awam termasuk 29 kes import manakala 21 kes lagi melibatkan banduan.

Semalam sebanyak 7,863 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 2,082,951 orang,

Sementara itu Bangkok merekodkan 629 kes baharu diikuti Nakhon Si Thammarat 460, Songkhla 213, Chon Buri 175, Samut Prakan 155, Pattani 143, Surat Thani 125, Yala dan Lamphun masing-masing 102 kes dan  Chiang Mai 90.

Kes import pula melibatkan dari 12 negara.

Setakat hari ini, sebanyak 28,604 orang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital termasuk 1,132 kes kritikal dan 314 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment