Kes harian Malaysia turun sedikit

PUTRAJAYA 9 Dis. – Sebanyak 5,058 kes positif baharu Covid-19 termasuk 17 kes import dilaporkan di negara ini setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,683,523 kes.

Jumlah itu bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding 5,446 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, daripada 5,058 kes harian yang dilaporkan hari ini, 80 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,978 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 4,997 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 2,591,819.

Kes import pula melibatkan 11 warganegara dan enam bukan warganegara manakala daripada 5,041 kes kes tempatan, sebanyak 4,776 warganegara (94.7%) dan 265 bukan warganegara (5.3%).

Sementara itu, sebanyak 393 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 353 kes disahkan Covid-19, 40  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Kes yang  memerlukan bantuan pernafasan pula adalah 212 kes (151 kes disahkan Covid-19 ; 61 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Sebanyak 6,029 kluster direkodkan termasuk tujuh kluster baharu manakala 5,779 kluster telah tamat dan 250 kluster aktif.

Related posts

Leave a Comment