379 kes baharu di Filipina

MANILA 10 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 379 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 2,836,200 sejak pandemik dilaporkan.

Menurut DoH, setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 631 pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 2,774,334 atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 25 lagi individu meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 49,961 orang.

Bagaimanapun, daripada 25 kematian, lima berlaku pada Disember 2021 (20%), enam pada November 2021 (24%), tujuh pada Oktober 2021 (28%), lima pada September 2021 (20%), satu pada Ogos 2021 (4%), dan satu pada Julai 2021 (4%) kerana lewat pengekodan

Sementara itu kes aktif pula 11,905 berkurangan berbanding 12,169 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment