78 % penduduk lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 10 Dis. – Setakat semalam, sebanyak 78 peratus atau 25,485,174 daripada populasi keseluruhan telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 79.3 peratus atau 25,909,612 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut data COVIDNOW, sebanyak 98.6 peratus atau 23,071,502 daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 97.2 peratus atau 22,752,434 telah lengkap dua dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,732,740 individu atau 86.8 peratus telah melengkapkan dua dos sementara 90.1 peratus atau 2,838,110 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi dos penggalak pula, 128,791 dos diberikan semalam menjadikan jumlah penerima dos berkenaan meningkat kepada 3,412,576 orang.

Terdapat pertambahan 140,831 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.61 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment