41 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 10 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 41 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,787 orang, daripada 2.67 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada 41 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilapor itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 60,856 kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana, 49,791 individu atau 81.38 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,901 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) di mana  4,745 kes dirawat di hospital dan 419 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 187 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 232 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment