48 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 10 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan peningkatan tetapi masih di bawah 50 kes dengan jumlah yang direkodkan hari ini sebanyak 48 berbanding 45 semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, seorang lagi dilaporkan meninggal dunia, angka yang sama dilaporkan sehari sebelumnya.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 550,136 kes dengan jumlah kematian akibat virus berkenaan sebanyak 8,851.

Sebanyak 61 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 539,338.

Dalam tempoh yang sama, dalam kalangan kes aktif.sebanyak 29 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment