Singapura catat 454 kes

SINGAPURA 10 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 454 kes baharu Covid-19 di Singapura, turun sedikit berbanding 682 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 272,433 kes.

Setakat tengah hari ini, empat kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 436 orang meninggal dunia.

Daripada 454 kes baharu itu, sebanyak 436 adalah kes dalam masyarakat, empat kes di asrama pekerja asing dan 14 kes import.

Menurut MoH, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.56, jatuh daripada 0.58 pada Khamis. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Sementara itu, seramai 637 pesakit masih dirawat di hospital di mana 120 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, empat dipantau rapi di ICU dan 40 sakit tenat  di ICU. Seramai 1,017 pesakit dibenarkan pulang.

Related posts

Leave a Comment