39 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 9 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan 39 kes baharu jangkitan Covid-19  dengan empat kluster melibatkan 26 kes yang membawa jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,283 Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar menjelaskan, terdapat tambahan lima kes baharu kepada tiga kluster aktif yang sedia ada yang merupakan kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya. Semua kluster baharu adalah kluster kediaman termasuk kluster asrama pekerja manakala enam kluster ditutup berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari menjadikan 104 kluster aktif. Menurut Dr. Md Isham, lapan kes baharu sedang dalam siasatan…

Read More

562 kes harian di Filipina

MANILA 9 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 562 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di Filipina meningkat kepada 2,835,996. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 176 dilaporkan termasuk kes lewat lapor menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia 49,936 orang. Kes sembuh pula meningkat kepada 2,773,891 orang atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 882 yang dilaporkan sembuh hari ini. Sementara itu kes aktif pula adalah 12,169 berkurangan berbanding 12,510 yang dilaporkan semalam.

Read More

5,446 kes harian baharu Malaysia

PUTRAJAYA 9 Dis. – Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,446 kes positif baharu Covid-19, menunjukkan peningkatan berbanding 5,020 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,678,465 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 5,426 kes membabitkan penularan tempatan iaitu 5,056 atau 93.2 peratus warganegara dan 370 lagi atau 6.8 peratus bukan warganegara. Sebanyak 20 kes import direkodkan hari ini iaitu 17 rakyat tempatan dan tiga warga asing. Selangor mendahului dengan 1,467 kes dan jumlah kumulatif 766,001, Johor – 551 (236,193), Kelantan – 495 (161,257), Pahang – 438 (89,694), Melaka – 373…

Read More

Janji PSB kepada rakyat Sarawak

SIBU 9 Dis. – Reformasi struktur kerajaan dengan pelantikan empat timbalan ketua menteri bagi mewakili kumpulan etnik utama adalah antara janji manifesto Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak. Menurut manifesto itu, etnik utama iaitu Dayak, Melayu, Melanau dan Cina serta beberapa kumpulan pribumi minoriti berhak mendapat sekurang-kurangnya satu jawatan penting sama ada Ketua Menteri atau timbalan ketua menteri. Setiap kumpulan etnik minoriti juga akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang menteri atau menteri muda dalam Kabinet negeri. Bagi mengelakkan kronisme dan memastikan ketelusan dan perwakilan yang adil dalam…

Read More

Kematian tidak divaksin lebih tinggi

PUTRAJAYA 9 Dis. – Kematian akibat Covid-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksin, berbanding yang sudah divaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Menurut beliau, trend kematian Covid-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas. “Data kami (Kementerian Kesihatan) menunjukkan kematian dalam kalangan yang tidak divaksinasi dan sebahagiannya divaksinasi adalah 3,200 orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk. “Bagi individu yang lengkap vaksinasi adalah 160 orang/kematian bagi satu juta penduduk dan kematian bagi mereka yang mendapat dos penggalak adalah…

Read More

Ali Biju tarik diri sokong GPS

KUCHING 9 Dis. – Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju menarik diri sebagai calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian hari ini, dan akan memberi sokongan penuh kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ali dari Bersatu berkata, keputusannya itu bagi memelihara muafakat serta memperkukuh hubungan antara Perikatan Nasional (PN) dan GPS. Beliau berkata telah mendapat nasihat pimpinan tertinggi parti serta jaminan Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati antara PN dan Abang Johari Openg selaku Pengerusi GPS. “Saya…

Read More

Bertindak segera bendung penularan

GENEVA: Bertindak segera bendung penularan virus Covid-19 varian Omicron dan percepatkan program vaksinasi. Demikian ingatan Ketua Pegarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Ghebreyesus. Beliau memberi amaran, penularan sejagat Omicron membayangkan bahawa varian itu boleh memberi kesan besar kepada pandemik Covid-19. Katanya, walaupun masih terlalu awal untuk menyatakan sejauh mana suntikan sedia ada akan menawarkan perlindungan terhadap varian baharu itu, sekarang adalah masanya untuk mengekang penularan varian itu. Justeru dalam taklimat medianya, beliau menggesa pihak kerajaan negara-negara berkenaan yang kini dikesan di 57 negara mengambil tindakan segera sebelum lebih ramai pesakit…

Read More

Afrika Selatan lapor 20,000 kes baharu

JOHANNESBURG: Afrika Selatan melaporkan hampir 20,000 kes jangkitan Covid-19 baharu dan 36 kematian semalam (Rabu), suatu rekod sejak varian Omicron dikesan  sehingga pakar kesihatan percaya situasi sekarang sedang membawa negara itu ke dalam gelombang keempat. Bagaimanapun masih belum jelas berapa banyak jangkitan yang berpunca daripada Omicron kerana hanya sebahagian sampel yang diuji. Statistik dari Institut Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NICD) mencatatkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara itu sebanyak 3.071 juta kes, dengan lebih daripada 90,000 kematian dikaitkan dengan virus itu sejak pandemik bermula. Bukti awal menunjukkan varian Omicron lebih…

Read More

Kuwait kesan kes Omicron

KUWAIT mengesan kes pertama varian Omicron Covid-19, melibatkan seorang pelawat warga Eropah yang tiba dari sebuah negara Afrika di mana varian tersebut dikesan sebelum ini. Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Abdullah Al-Sanad berkata, pelawat itu sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 dan kini dikuarantin di tempat yang dikhususkan, selaras dengan protokol kesihatan. Beliau menambah kementerian itu sudah mengambil langkah-langkah waspada yang sewajarnya sejak beberapa negara mencatatkan kes melibatkan varian baru koronavirus tersebut. Dr Al-Sanad berkata, keadaan di Kuwait adalah stabil namun, rakyat dan penduduk di sana digesa supaya mendapatkan…

Read More