562 kes harian di Filipina

MANILA 9 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 562 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di Filipina meningkat kepada 2,835,996.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 176 dilaporkan termasuk kes lewat lapor menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia 49,936 orang.

Kes sembuh pula meningkat kepada 2,773,891 orang atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 882 yang dilaporkan sembuh hari ini.

Sementara itu kes aktif pula adalah 12,169 berkurangan berbanding 12,510 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment