39 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 9 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan 39 kes baharu jangkitan Covid-19  dengan empat kluster melibatkan 26 kes yang membawa jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,283

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar menjelaskan, terdapat tambahan lima kes baharu kepada tiga kluster aktif yang sedia ada yang merupakan kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya.

Semua kluster baharu adalah kluster kediaman termasuk kluster asrama pekerja manakala enam kluster ditutup berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari menjadikan 104 kluster aktif.

Menurut Dr. Md Isham, lapan kes baharu sedang dalam siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan.

Sementara itu, sebanyak 60 kes dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 15,088 pesakit pulih dengan 298 kes aktif.

Dalam kalangan kes-kes yang sedang ada dalam rawatan sekarang, satu kes adalah dalam Kategori 5 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif dan memerlukan bantuan mesin pernafasan serta bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ECMO).

Sementara itu, terdapat satu kes lain dikategorikan dalam Kategori 4, iaitu yang di bawah pemantauan rapi dan memerlukan bantuan oksigen,” ujar Yang Berhormat.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 4,411 sampel diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 653,559 ujian.

Related posts

Leave a Comment