5,446 kes harian baharu Malaysia

PUTRAJAYA 9 Dis. – Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,446 kes positif baharu Covid-19, menunjukkan peningkatan berbanding 5,020 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,678,465 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 5,426 kes membabitkan penularan tempatan iaitu 5,056 atau 93.2 peratus warganegara dan 370 lagi atau 6.8 peratus bukan warganegara.

Sebanyak 20 kes import direkodkan hari ini iaitu 17 rakyat tempatan dan tiga warga asing.

Selangor mendahului dengan 1,467 kes dan jumlah kumulatif 766,001, Johor – 551 (236,193), Kelantan – 495 (161,257), Pahang – 438 (89,694), Melaka – 373 (73,063), Kedah – 338 (163,041), Sabah – 329 (236,375), Kuala Lumpur – 315 (205,629).

Pulau Pinang – 275 (155,837), Perak – 244 (124,998), Negeri Sembilan – 236 (110,402), Terengganu – 202 (78,345), Sarawak – 90 (251,501), Perlis – 40 (6,684),

Putrajaya – 32 (8,815) dan Labuan – 21 (10,630).

Daripada 5,446 kes yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 88 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 5,358 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 419 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 324 kes yang disahkan Covid-19 dan 95 kes terdiri daripada kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan, sebanyak 232 kes iaitu 147 kes disahkan Covid-19 dan 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Kementerian turut mengesan 17 kluster baharu jangkitan Co-19, yang menyumbang kepada 6,022 kluster. Setakat hari ini, sebanyak 5,768 kluster sudah ditamatkan dan 254 kluster masih aktif.

Sebanyak 5,427 kes sembuh juga dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 2,586,822 kes atau 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini.

Related posts

Leave a Comment