Singapura lapor 766 kes baharu

SINGAPURA 3 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 766 kes baharu Covid-19 di Singapura dan sembilan kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 267,916 kes dan 744 kematian. Sebanyak 738 kes dalam masyarakat dilaporkan di samping 17 kes import dan 11 kes baharu di asrama pekerja asing. Kes kematian pula melibatkan individu berusia 67 hingga 98 tahun dan kesemua  pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. Seramai 931 pesakit masih dirawat di hospital di mana 183 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 13 tidak…

Read More

13 kes pelajar sekolah di Sydney

SYDNEY: Tiga pelajar sebuah sekolah di Sydney, Australia positif Covid-19 bagi varian Omicron, menjadikannya kes tempatan pertama strain baharu itu dikesan dalam komuniti. Pegawai kesihatan memaklumkan terdapat 10 lagi kes suspek Omicron di Regents Park Christian School sama yang sedang disahkan, menjadikan 13 kes sekali gus menandakan jangkitan sudah pun merebak. Kluster itu terjadi sewaktu larangan terhadap bukan warganegara untuk memasuki negara itu dan sekatan penerbangan dari selatan Afrika di mana varian itu mula dikesan. Kementerian Kesihatan New South Wales (NSW) berkata kes pertama di negara itu tidak ada sejarah…

Read More

Ambil empat langkah hadapi Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan Awam (MoPH) Thailand menyarankan penduduk mematuhi empat langkah bagi membendung penularan Covid-19. Langkah tersebut adalah sentiasa memakai topeng muka, menjaga jarak fizikal yang betul, kerap mencuci tangan, dan mendapatkan vaksinasi terhadap Covid-19. Selain itu Kementerian mengesyorkan agar orang ramai sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat yang tepat tentang Covid-19. Varian utama virus adalah seperti berikut:: 1. Alpha; 2. Beta; 3. Gamma; 4. Delta; 5. Omicron.

Read More

Kes pertama, 7 kontak negatif

PUTRAJAYA 3 Dis. – Kes pertama varian Omicron di negara ini serta tujuh kontak rapatnya disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian RT-PCR hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam satu ciapan di Twitter, beliau berkata, tujuh kontak rapat itu adalah pemandu bas, kakitangan universiti, dua rakan sebilik serta tiga pelajar universiti lain. “Kesemua lapan sampel ujian RT-PCR hari ini adalah negatif iaitu kes indeks Omicron pertama dalam negara dan tujuh kes kontak rapat iaitu pemandu, pekerja universiti, tiga rakan pelajar universiti dan dua rakan sebilik. Alhamdulillah,” ujarnya.…

Read More

Sekolah Seri Puteri diarah tutup

PUTRAJAYA 3 Dis. – Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya diarah tutup buat sementara waktu berikutan terdapat 135 kes baharu Covid-19 dikesan membabitkan warga sekolah berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata penutupan sekolah berkenaan dilakukan dibawah Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Penutupan itu bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi dan satu sesi taklimat dan penerangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan turut diadakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan kluster ini terkawal. Dikenali sebagai Kluster Persiaran Tasik, sehingga semalam seramai…

Read More

GPS kemuka 24 muka baharu

KUCHING 3 Dis. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan 24 muka baharu berusia antara 30 hingga 40 tahun pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) yang akan diadakan 18 Disember ini. Ketua Menteri, Abang Johari Abang Openg, berkata semua calon muka baharu terbabit akan didedahkan dengan ‘politik ala Sarawak’ bagi melengkapkan mereka sebagai pemimpin masa depan. “Politik ala Sarawak ini memperjuangkan masyarakat berbilang kaum, agama, budaya dan keturunan. Lanskap politik Sarawak ini hanya orang Sarawak yang tahu, sebab itu kita memilih tema ‘Sarawak First’ dan ia akan didedahkan kepada calon-calon…

Read More

Pengembara dipakai peranti khas

PUTRAJAYA 3 Dis. – Pengembara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari negara berisiko dalam penularan varian baharu Covid-19, Omicron, akan dipakaikan peranti khas pengesanan (digital tracker device) sepanjang tempoh kuarantin. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata penggunaan peranti digital sepanjang tempoh kuarantin itu adalah antara usaha kerajaan untuk terus mempertingkat kawalan keselamatan di pintu masuk negara, terutama bagi membendung perebakan varian membimbangkan (VOC) itu. Selain itu, pengembara dari semua negara yang menyertai Gelembung Pelancongan Antarabangsa Projek Rintis Pulau Langkawi juga perlu menjalani ujian saringan tambahan untuk pengesanan…

Read More

Malaysia catat 5,551 kes baharu

PUTRAJAYA 3 Dis. – Malaysia mencatatkan pertambahan kes baharu Covid-19 melebihi 5,000 untuk dua hari berturut-turut iaitu sebanyak 5,551 kes setakat pukul 12 tengah hari ini. Semalam, Malaysia merekodkan 5,806 kes harian dan pada hari sebelumnya sebanyak 5,439 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes berkenaan menjadikan sehingga kini jumlah individu dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,649,578 kes. Beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,115 katil di hospital disediakan untuk merawat kes kritikal jangkitan Covid-19. Katanya , Sarawak menyediakan katil tertinggi iaitu 160 unit, diikuti Sabah (140) dan…

Read More

AS umum langkah perangi Omicron

WASHINGTON: Presiden Joe Biden mengumumkan pelbagai langkah baharu dalam usaha untuk memerangi Covid-19 selepas dua kes melibatkan varian Omicron dilaporkan di Amerika Syarikat (AS). Pelan baharu itu adalah gabungan nasihat yang diutarakan semua pihak dan ia tidak melibatkan sekatan pergerakan tetapi perlindungan vaksinasi dan suntikan dos penggalak yang lebih meluas dan ujian saringan dan banyak lag. Biden berkata langkah itu akan membolehkan sekolah dan perniagaan kekal dibuka sambil memastikan rakyat Amerika selamat. “Kami akan melawan varian ini dengan sains dan kecekapan bukan secara huru-hara dan kekeliruan,” katanya. Tindakan itu termasuk meningkatkan…

Read More

Omicron Afrika ‘tiba’ di Malaysia

PUTRAJAYA 3 Dis. – Malaysia tersenarai antara negara yang turut merekodkan kes Covid-19 varian dibimbangi (VOC), Omicron, apabila seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan disahkan dijangkiti varian itu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada sidang media hari ini, memaklumkan pelajar terbabit diarah menjalani kuarantin diri dan semua saringan kontak rapat individu berkenaan telah dijalankan dan keputusannya adalah negatif. “Pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh berusia 19 tahun itu, tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu dan menjalani ujian Rt-PCR setibanya di KLIA, “ katanya. Susulan…

Read More