Malaysia catat 5,551 kes baharu

PUTRAJAYA 3 Dis. – Malaysia mencatatkan pertambahan kes baharu Covid-19 melebihi 5,000 untuk dua hari berturut-turut iaitu sebanyak 5,551 kes setakat pukul 12 tengah hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan 5,806 kes harian dan pada hari sebelumnya sebanyak 5,439 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes berkenaan menjadikan sehingga kini jumlah individu dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,649,578 kes.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,115 katil di hospital disediakan untuk merawat kes kritikal jangkitan Covid-19.

Katanya , Sarawak menyediakan katil tertinggi iaitu 160 unit, diikuti Sabah (140) dan Kedah (130), ia diikuti Selangor sebanyak 98 katil, Perak (85), Pahang (81), Johor (74) dan Kelantan (72).

Kelantan dengan 72 unit, diikuti Negeri Sembilan (68), Pulau Pinang (51), Terengganu (39), Melaka (38), Perlis (11), Labuan (tujuh) dan Putrajaya (enam),” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Selain itu mengenai alat bantuan pernafasan, Dr Noor Hisham berkata berkata sehingga kini terdapat sebanyak 2,878 alat yang masih berfungsi.

Daripada jumlah yang dinyatakan itu, Selangor mempunyai alat bantuan pernafasan paling tinggi dengan 504 unit, diikuti Johor (284), Kuala Lumpur (241), Sabah (231), Perak (225) dan Sarawak (207).

Kelantan mempunyai 205 unit alat bantuan pernafasan, Kedah (199), Pulau Pinang (198), Negeri Sembilan (160), Pahang (118), Terengganu (106), Melaka (101), Putrajaya (37), Labuan (33) dan Perlis (29).

Menerusi data yang dikongsi dalam laman web COVIDNOW, sehingga kini terdapat sebanyak 62,253 kes yang masih aktif di negara ini.

Daripada jumlah kes aktif itu, sebanyak 5,038 kes atau 8.1 peratus sedang dirawat di hospital dengan 245 kes dimasukkan didalam unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 266 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment