Singapura lapor 766 kes baharu

SINGAPURA 3 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 766 kes baharu Covid-19 di Singapura dan sembilan kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 267,916 kes dan 744 kematian.

Sebanyak 738 kes dalam masyarakat dilaporkan di samping 17 kes import dan 11 kes baharu di asrama pekerja asing.

Kes kematian pula melibatkan individu berusia 67 hingga 98 tahun dan kesemua  pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada.

Seramai 931 pesakit masih dirawat di hospital di mana 183 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 13 tidak stabil dan dipantau rapi di ICU dan 50 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Keseluruhan kadar penggunaan ICU adalah 57.3 peratus, naik berbanding 56.4 peratus semalam.

Seramai 1,393 pesakit dibenarkan pulang dengan 215 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Related posts

Leave a Comment