Pengembara dipakai peranti khas

PUTRAJAYA 3 Dis. – Pengembara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari negara berisiko dalam penularan varian baharu Covid-19, Omicron, akan dipakaikan peranti khas pengesanan (digital tracker device) sepanjang tempoh kuarantin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata penggunaan peranti digital sepanjang tempoh kuarantin itu adalah antara usaha kerajaan untuk terus mempertingkat kawalan keselamatan di pintu masuk negara, terutama bagi membendung perebakan varian membimbangkan (VOC) itu.

Selain itu, pengembara dari semua negara yang menyertai Gelembung Pelancongan Antarabangsa Projek Rintis Pulau Langkawi juga perlu menjalani ujian saringan tambahan untuk pengesanan Covid-19, iaitu pada hari ketiga dan kelima dari tarikh ketibaan.

“Ujian dijalankan adalah jenis RTK-Ag secara profesional,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Khairy memaklumkan setakat ini, pelaksanaan program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) antara Malaysia dengan Singapura masih diteruskan, manakala sekatan perjalanan terhadap lapan negara yang dikenal pasti sebelum ini pula dikekalkan.

“Langkah pencegahan dan garis panduan sedia ada di negara ini sangat ketat. Jika melihat kepada negara lain yang mula memperketatkan kembali prosedur operasi standard (SOP) ketika penularan varian Omicron, ia sebenarnya sama saja seperti yang dilaksanakan di Malaysia.

Related posts

Leave a Comment