NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata, rakyat Afrika tidak seharusnya “dihukum” dengan sekatan perjalanan kerana berkongsi maklumat penting tentang varian Covid-19 Omicron. Guterres berpandangan rakyat Afrika tidak boleh dipersalahkan disebabkan tahap vaksinasi yang sangat rendah di benua tersebut. Beliau sebaliknya menggesa pihak berkuasa supaya menimbangkan ujian berulang untuk pelancong, bersama dengan langkah-langkah lain yang sesuai dan benar-benar berkesan sebagai alternatif. Sekatan terhadap warga tertentu, kata Guterres adalah satu bentuk hukuman kolektif. Jurucakap Setiausaha Agung PBB Stephane Dujarric memaklumkan masih banyak lagi kajian perlu dijalankan mengenai…
Read MoreMonth: November 2021
Omicron mungkin merebak ke seluruh dunia
GENEVA: Varian Covid-19 Omicron berkemungkinan merebak ke seluruh dunia, menimbulkan risiko global yang sangat tinggi di mana lonjakan jangkitan boleh membawa kesan teruk di beberapa kawasan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam. Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam nasihat teknikal kepada 194 negara anggotanya menggesa mereka untuk mempercepatkan vaksinasi ke atas kumpulan keutamaan tinggi dan memastikan rancangan mitigasi disediakan bagi mengekalkan perkhidmatan kesihatan yang penting. “Omicron mempunyai bilangan mutasi lonjakan yang belum pernah dilihat sebelum ini, dengan sebilangannya membimbangkan disebabkan oleh potensi kesan mereka terhadap trajektori wabak ini,” kata…
Read MoreDua minggu kumpul maklumat Omicron
WASHINGTON: Dua minggu masa diambil untuk mengumpul maklumat pasti berkaitan varian baharu koronavirus Covid-19, Omicron, kata pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci. Beliau memaklumkan perkara itu kepada Presiden AS, Joe Biden yang menghadiri taklimat yang disampaikan oleh pasukan respons koronavirusnya kelmarin. Para pegawai AS menjangka varian baharu ini menular ke negara itu, meskipun ada larangan ke atas pengembara dari selatan Afrika, tempat Omicron kali pertama dikesan baru-baru ini. Dr Fauci berkata beliau percaya vaksin sedia ada berupaya “memberi perlindungan daripada jangkitan buruk Covid”, dan pegawai AS mengulangi…
Read MoreBerita pilihan…
61 kematian baharu Covid-19
PUTRAJAYA 30 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan 61 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 30,370 orang daripada 2,622,024 kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 15 daripada 61 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut. Sementara itu, terdapat 65,497 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan…
Read More77.7 peratus lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 30 Nov. – Sebanyak 77.7 peratus atau 25,370,746 individu daripada populasi keseluruhan melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam manakala 79.1 peratus atau 25,830,221 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Pada masa yang sama, seramai 22,665,493 individu atau 96.8 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sementara 98.3 peratus atau 23,010,447 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,705,253 individu atau 85.9 peratus telah melengkapkan dua dos. Terdapat pertambahan 109,139 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja. Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin…
Read MoreMedia Hari Ini 30.11.2021
Ada peningkatan kes Singapura
SINGAPURA 29 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,103 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 747 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 263,486 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 710 orang apabila sembilan lagi dilaporkan meninggal dunia yang dikaitkan dengan koronavirus itu. Menurut MoH, sebanyak 1,070 adalah kes dalam masyarakat, lapan kes import dan 25 kes di asrama pekerja asing. Bagi kes kematian pula, kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada kecuali satu kes tidak divaksin. Sementara itu seramai 1,158 pesakit masih dirawat di hospital iaitu 221…
Read MoreOmicron : Satu pesawat jadi kontak rapat
DUA pelawat yang terbang dari Singapura ke Sydney semalam (28 November) disahkan dijangkiti Covid-19 varian Omicron menjadikan empat kes varian baharu itu disahkan di New South Wales. Menurut Kementerian Kesihatan New South Wales (NSW Health), kedua-dua .penumpang tiba di Sydney dari selatan Afrika dengan menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ211. NSW Health dalam satu kenyataan media berkata, mereka sudah lengkap divaksin dan sedang diasingkan di penginapan kesihatan khas. “Semua orang dalam penerbangan itu dianggap sebagai kontak rapat dan perlu menjalani ujian segera Covid-19 dan mengasingkan diri selama 14 hari, tanpa mengira…
Read MoreKes harian Thailand turun
BANGKOK 29 Nov. – Buat pertama kali sejak Jun, Thailand merekodkan kes jangkitan harian di bawah 5,000 apabila merekodkan 4,753 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,111,566. Jumlah kematian pula meningkat kepada 20,734 orang apabila 27 lagi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Terdapat 4,696 kes dalam kalangan orang awam termasuk 12 kes import manakala 57 lagi dalam kalangan banduan.. Bangkok mendahului kes jangkitan dengan merekodkan 605 kes diikuti 381 di Nakhon Si Thammarat dan 354 di Songkhla. Dua belas kes import pula adalah dari United Kingdom (3), Emiriyah…
Read More