Ada peningkatan kes Singapura

SINGAPURA 29 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,103 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 747 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 263,486 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 710 orang apabila sembilan lagi dilaporkan meninggal dunia yang dikaitkan dengan koronavirus itu.

Menurut MoH, sebanyak 1,070 adalah kes dalam masyarakat, lapan kes import dan 25 kes di asrama pekerja asing.

Bagi kes kematian pula, kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada kecuali satu kes tidak divaksin.

Sementara itu seramai 1,158 pesakit masih dirawat di hospital iaitu 221 memerlukan  bantuan oksigen di wad biasa, 17 tidak stabil  dan dipantau rapi di ICU, 62 sakit  tenat dan perlu intubasi di ICU.

Seramai 1,812 pesakit dibenarkan pulang dengan 274 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Related posts

Leave a Comment