77.7 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 30 Nov. – Sebanyak 77.7 peratus atau 25,370,746 individu daripada populasi keseluruhan melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam manakala 79.1 peratus atau 25,830,221 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada masa yang sama, seramai 22,665,493 individu atau 96.8 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sementara

98.3 peratus atau 23,010,447 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,705,253 individu atau 85.9 peratus telah melengkapkan dua dos.

Terdapat pertambahan 109,139 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53,345,233 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment