Kes harian Thailand turun

BANGKOK 29 Nov. – Buat pertama kali sejak Jun, Thailand merekodkan kes jangkitan harian di bawah 5,000 apabila merekodkan 4,753 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,111,566.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 20,734 orang apabila 27 lagi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Terdapat 4,696 kes dalam kalangan orang awam termasuk 12 kes import manakala 57 lagi dalam kalangan banduan..

Bangkok mendahului kes jangkitan dengan merekodkan 605 kes diikuti  381 di Nakhon Si Thammarat dan 354 di Songkhla.

Dua belas kes import pula adalah dari United Kingdom (3), Emiriyah Arab Bersatu  (1), Malaysia (1), Israel (2), Korea Selatan (1), Amerika Syarikat (2), Jerman (1) dan Kemboja  (1).

Semalam, sebanyak 6,165 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 2,013,021 orang.

Related posts

Leave a Comment