Ada peningkatan kes Singapura

SINGAPURA 29 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,103 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 747 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 263,486 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 710 orang apabila sembilan lagi dilaporkan meninggal dunia yang dikaitkan dengan koronavirus itu. Menurut MoH, sebanyak 1,070 adalah kes dalam masyarakat, lapan kes import dan 25 kes di asrama pekerja asing. Bagi kes kematian pula, kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada kecuali satu kes tidak divaksin. Sementara itu seramai 1,158 pesakit masih dirawat di hospital iaitu 221…

Read More

Omicron : Satu pesawat jadi kontak rapat

DUA  pelawat yang terbang dari Singapura ke Sydney semalam (28 November) disahkan dijangkiti Covid-19 varian Omicron menjadikan empat kes varian baharu itu disahkan di New South Wales. Menurut Kementerian Kesihatan New South Wales (NSW Health), kedua-dua .penumpang tiba di Sydney dari selatan Afrika dengan menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ211. NSW Health dalam satu kenyataan media berkata, mereka sudah lengkap divaksin dan sedang diasingkan di penginapan kesihatan khas. “Semua orang dalam penerbangan itu dianggap sebagai kontak rapat dan perlu menjalani ujian segera Covid-19 dan mengasingkan diri selama 14 hari, tanpa mengira…

Read More

Kes harian Thailand turun

BANGKOK 29 Nov. – Buat pertama kali sejak Jun, Thailand merekodkan kes jangkitan harian di bawah 5,000 apabila merekodkan 4,753 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,111,566. Jumlah kematian pula meningkat kepada 20,734 orang apabila 27 lagi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Terdapat 4,696 kes dalam kalangan orang awam termasuk 12 kes import manakala 57 lagi dalam kalangan banduan.. Bangkok mendahului kes jangkitan dengan merekodkan 605 kes diikuti  381 di Nakhon Si Thammarat dan 354 di Songkhla. Dua belas kes import pula adalah dari United Kingdom (3), Emiriyah…

Read More

Thailand kuarantin pelawat dari Afrika

BANGKOK 29 Nov. – Pelawat dari negara Afrika yang tidak tertakluk kepada sekatan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan menjalani ujian Covid-19 sebanyak tiga kali susulan penemuan varian baharu Omicron di Afrika Selatan. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Dr Apisamai Srirangson berkata, setakat ini pelawat dari lapan negara Afrika dilarang memasuki Thailand mulai 1 Disember ini. Negara tersebut adalah Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe. Menurut beliau lagi, bagi yang tiba sejak 15 November lalu, dianggarkan 200 orang dan dibenarkan meninggalkan pusat kuarantin sebelum 14…

Read More

Omicron: Indonesia sekat 4 lagi negara

JAKARTA 29 Nov. –  Indonesia menyenaraikan empat lagi negara iaitu Angola, Hong Kong, Malawi dan Zambia ke dalam senarai yang dikenakan sekatan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap varian Omicron. Semalam, negara itu mengumumkan sekatan kepada pengembara yang masuk dari Nigeria, Afrika Selatan, Botswana, Namibia, Zimbabwe, Lesotho, Mozambique dan Eswatini. Bagaimanapun, Nigeria kemudian dikeluarkan daripada senarai merah itu. Pengembara yang pulang dari negara telibat, dalam tempoh 14 hari lepas perlu menjalani kuarantin di kemudahan ditetapkan. Menteri Penyelaras Luhut Pandjaitan berkata tempoh kuarantin wajib bagi pengembara antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing dilanjutkan…

Read More

22 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 29 Nov. – Negara Brunei Darussalam mencatatkan sebanyak 22 kes baharu jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,058 orang. Berbanding semalam, angka jangkitan harian yang direkodkan adalah 44 dan ini bermakna berlaku penurunan kes. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat tambahan enam kes baharu pada tiga kluster aktif yang sedia ada, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Katanya, dua kluster baharu pula melibatkan lapan kes di mana kluster berkenaan berkait dengan kluster kediaman persendirian. Beliau juga memberitahu sebanyak lima kluster ditutup…

Read More

665 kes baharu di Filipina

MANILA 29 Nov. – Sehingga pukul 4 petang ini, Filipina merekodkan 665 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,832,375. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 141 individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 48,501 kematian. Sebanyak 993 pesakit pula dilaporkan sembuh sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 2,767,585 orang atau 97.7 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kes aktif pula adalah 16,289 berbanding 16,630 yang dilaporkan semalam.

Read More

Kes jangkitan 4,087 di Malaysia

PUTRAJAYA 29 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal di bawah 5,000 dengan 4,087 kes baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini.. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,627,903 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Hari ini hari kedua jumlah kes bermula dengan angka 4,000 apabila semalam merekodkan 4,239 kes.

Read More

VTL udara, laut dibincang

SINGAPURA 29 Nov. – Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) akan memberi impak positif terhadap sosioekonomi kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, langkah itu juga sekali gus membuka ruang kepada mereka yang terpisah disebabkan penutupan sempadan disebabkan pandemik Covid-19 untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. “Kita berharap dengan terlaksananya (pembukaan sempadan dan pelancaran VTL) akan membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai (individu) dari kedua-dua negara yang telah lama terpisah daripada keluarga akibat pandemik Covid-19 untuk kembali ke pangkuan keluarga tersayang. “Sebagaimana yang kita…

Read More

Omicron peringatan risiko masih wujud

WELLINGTON: New Zealand akan beralih ke sistem meneruskan kehidupan dengan virus Covid-19 pada lewat minggu ini meskipun varian Omicron menimbulkan ancaman kesihatan baharu kepada seluruh dunia. Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata, buat masa ini, tiada sebarang kes varian Omicron dikesan di New Zealand tetapi perkembangan situasi global menunjukkan perlunya pendekatan berhati-hati diambil di sempadan. “Omicron adalah satu peringatan bahawa risiko masih wujud di sempadan kita,” katanya pada satu sidang media. Sekatan sempadan di New Zealand adalah antara yang paling ketat di dunia dan negara itu merancang untuk menutup sempadannya kepada…

Read More