665 kes baharu di Filipina

MANILA 29 Nov. – Sehingga pukul 4 petang ini, Filipina merekodkan 665 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,832,375.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 141 individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 48,501 kematian.

Sebanyak 993 pesakit pula dilaporkan sembuh sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 2,767,585 orang atau 97.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula adalah 16,289 berbanding 16,630 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment