Singapura lapor 1,461 kes baharu

SINGAPURA 22 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura melaporkan 1,461 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini dengan lima lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan 253,649 kes dan 667 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,415 adalah kes dalam masyarakat dan enam kes import manakala 40 adalah kes di asrama pekerja asing. Pada masa yang sama, lima kematian yang direkodkan melibatkan mereka yang berusia antara 61 hingga 105 tahun dan kesemua kecuali satu kes belum divaksin di samping pesakit mengalami pelbagai penyakit sedia ada. Menurut MoH, seramai 1,421…

Read More

Covid-19: Perjuangan belum berakhir

PUTRAJAYA 22 Nov. – Perjuangan Malaysia menentang Covid-19 belum berakhir, yang memerlukan orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Katanya, Malaysia masih berdepan cabaran meskipun situasi Covid-19 semakin pulih dengan kes harian menunjukkan trend penurunan. “Kita tahu bahawa ini adalah virus yang sangat degil, ia tidak akan ke mana-mana tetapi kita perlu terus melangkah ke hadapan,melakukan pembukaan semula dengan selamat namun pada masa yang sama memastikan sistem penjagaan kesihatan kita tidak pincang, tidak lumpuh,” katanya. Beliau berkata demikian pada…

Read More

Brunei Darussalam catat 39 kes

BERAKAS 22 Nov. – Sebanyak 39 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan dua kluster baharu melibatkan sembilan kes yang membawa jumlah keseluruhan kes 14,630. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat tambahan 17 kes baharu kepada empat kluster aktif sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya. Pada masa yang sama, sebanyak 13 kes baharu yang masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD) hari ini, beliau memaklumkan…

Read More

984 kes baharu di Filipina

MANILA 22 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 984 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,826,853 kes. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan jumlah kematian meningkat kepada 47,288 orang selepas 218 lagi direkodkan meninggal dunia. Bagaimanapun jumlah pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan berikutan  2,229 lagi kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,759,767 orang atau 97.6 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula berkurangan iaitu 19,798 kes berbanding 21,101 yang direkodkan semalam.

Read More

Kes harian Malaysia naik sedikit

PUTRAJAYA 22 Nov. – Kes harian Covid-19 di negara ini kekal di bawah 5,000 kes dengan 4,885 kes dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 4,854 semalam termasuk 12 kes import manakala kes import hari ini meningkat kepada 18. Dengan perkembangan itu, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 2,591,486 orang sudah dijangkiti virus berkenaan sejak pandemik dilaporkan di negara ini. Daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 4,794 kes atau 98.1 peratus terdiri…

Read More

6,428 kes harian di Thailand

BANGKOK 22 Nov – Sebanyak 6,428 kes baharu Covid-19 dilaporkan dengan 49 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 2,071,009 kes dan 20,436 meninggal dunia. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 553 melibatkan banduan dan 10 kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) kes kematian melibatkan usia antara 14 dan 95 tahun serta warga Myanmar dan Vietnam . Bangkok merekodkan enam kematian di samping wilayah Selatan merekodkan 14 kes, Timur Laut sembilan kes dan utara lima kes Bangkok mendahului kes harian dengan 815 diikuti Songkhla 457 dan Nakhon Si…

Read More

Masuk hospital meningkat

PUTRAJAYA 22 Nov. – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi amaran kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19. Katanya, kebanyakan kes adalah warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus ke rumah. “Pakai pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak. Dapatkan dos penggalak apabila diberi janji temu,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini. Berdasarkan data dikongsikan melalui laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital adalah 5,431. Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun 1.00

PUTRAJAYA 22 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught terus menunjukkan trend penurunan apabila kadar yang direkodkan semalam 1.00 berbanding 1.01 pada hari sebelumnya. Pada  13 hingga 15 November, kadar itu turun kepada 1.05 dan pada 16 November 1.04 disusuli 1.03 pada hari berikutnya, 1.02 pada 18 November serta 1.01 pada 19 dan 20 November. Sebanyak 12 negeri mengatasi atau menyamai kadar purata kebangsaan itu dengan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kadar 1.13. Ini diikuti Selangor 1.07, Kelantan 1.07, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.06, Negeri Sembilan 1.06, Pahang 1.05, Johor…

Read More

257 juta kes, 5.15 juta kematian global

WASHINGTON: Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 257,495,071 berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, demikian menurut data terbaru Universiti John Hopkins. Menurut data itu, Amerika Syarikat (AS) masih kekal sebagai negara paling terjejas dengan lebih 47.7 juta kes diikuti India lebih 34.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes. United Kingdom dan Rusia kini mencatat lebih 9 juta kes, Turki lebih 8 juta kes, Perancis lebih 7 juta manakala Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes. Bagi Asia Tenggara,…

Read More