984 kes baharu di Filipina

MANILA 22 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 984 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,826,853 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan jumlah kematian meningkat kepada 47,288 orang selepas 218 lagi direkodkan meninggal dunia.

Bagaimanapun jumlah pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan berikutan  2,229 lagi kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,759,767 orang atau 97.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula berkurangan iaitu 19,798 kes berbanding 21,101 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment