Kadar kebolehjangkitan turun 1.00

PUTRAJAYA 22 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught terus menunjukkan trend penurunan apabila kadar yang direkodkan semalam 1.00 berbanding 1.01 pada hari sebelumnya.

Pada  13 hingga 15 November, kadar itu turun kepada 1.05 dan pada 16 November 1.04 disusuli 1.03 pada hari berikutnya, 1.02 pada 18 November serta 1.01 pada 19 dan 20 November.

Sebanyak 12 negeri mengatasi atau menyamai kadar purata kebangsaan itu dengan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kadar 1.13.

Ini diikuti Selangor 1.07, Kelantan 1.07, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.06, Negeri Sembilan 1.06, Pahang 1.05, Johor 1.04, Kedah 1.02, Pulau Pinang 1.02, Perak 1.01, Terengganu 1.01, Melaka 1.00

Sementara itu Sabah merekodkan 0.99 dan Sarawak 0.84 manakala Perlis merekodkan 12 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan 14 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment