257 juta kes, 5.15 juta kematian global

WASHINGTON: Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 257,495,071 berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, demikian menurut data terbaru Universiti John Hopkins.

Menurut data itu, Amerika Syarikat (AS) masih kekal sebagai negara paling terjejas dengan lebih 47.7 juta kes diikuti India lebih 34.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

United Kingdom dan Rusia kini mencatat lebih 9 juta kes, Turki lebih 8 juta kes, Perancis lebih 7 juta manakala Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan melebihi 4.2 juta kes diikuti Filipina lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes, Thailand dengan 2 juta kes dan Singapura lebih 252,000 kes.

AS juga mendahului angka kematian dengan 771,000 daripada jumlah kematian global yang kini melebihi 5.15 juta.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 612,000 kes, India lebih 465,000 kes, Mexico lebih 292,000 kes dan Rusia mencatatkan lebih 259,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 99,000 kes adalah Jerman, sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan lebih 143,000 kes, Filipina lebih 46,000, diikuti Malaysia dengan 30,000 kes dan Thailand dengan lebih 20,000 kes.

Related posts

Leave a Comment