Singapura catat penurunan kes

SINGAPURA 21 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,670 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini dengan lapan lagi pesakit meninggal dunia. Angka kes jangkitan itu lebih rendah berbanding 1,931 yang direkodkan pada Sabtu dan 1,734 pada Jumaat. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 1,577 adalah kes dalam masyarakat, 13 kes import dan 80 kes asrama pekerja asing. Setakat ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 252,188 Bagi kematian pula, lapan kes melibatkan individu berusia 63 hingga 95 tahun yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 662 kematian. Sementara…

Read More

Kes sembuh harian atasi kes positif

JAKARTA 22 Nov. – Kes sembuh harian di Indonesia mengatasi kes positif hari ini dengan merekodkan 331 orang pesakit sembuh manakala 314 kes positif dikesan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 4,101,547 orang berbanding kes positif sebanyak 4,253,412. Bagi kes kematian, sebanyak 11 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 143,739 orang. Terdapat lima provinsi yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta sebanyak 121 orang dan kumulatifnya 849.366, diikuti Lampung 33 (45,230), Jawa Tengah 28 (454,489), Jawa Barat 24 (691,464) dan Jawa Timur 20 (369,237).…

Read More

Kes harian di Arab Saudi bawah 50

RIYADH 21 Nov. – Arab Saudi terus merekodkan kes jangkitan di bawah 50 kes apabila merekodkan 36 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 549,479. Menurut Kementerian Kesihatan, angka jangkitan turun naik tetapi di bawah 5,000 kes untuk tempoh selama empat minggu. Begitu juga kes kematian yang lebih rendah direkodkan apabila seorang direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,824 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 48 kes sembuh dilaporkan semalam dan Ini menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 48 orang dilaporkan sembuh dan ini membawa…

Read More

2,227 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Nov. – Filipina merekodkan 2,227 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,826,410. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 47,074 orang berikutan 175 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Pada masa yang sama, sebanyak 3,152 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 2,758,235 orang atau 97.6 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula adalah sebanyak 21,101, berkurangan daripada 22,070 yang dilaporkan semalam.

Read More

Pilih kestabilan, tiada lagi tawar menawar

RAKYAT sokong Barisan Nasional (BN) ! Itu jawapan kepada persoalan rakyat sokong siapa apabila Melaka ‘menekan butang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk memilih kerajaan baharu, yang ketiga dalam tempoh tidak sampai empat tahun. Dengan penggal Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dijangka berakhir pada bulan Mei 2023 malahan lebih awal – mungkin akhir tahun 2022 – PRN Melaka terpaksa diadakan walaupun ia sepatutnya boleh dielakkan. Jika empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik balik sokongan mampu bertahan sehingga pembubaran akan datang, PRN tidak akan berlaku. Lompat melompat, menarik sokongan atau…

Read More

Pengerusi DAP Melaka letak jawatan

MELAKA 21 Nov. – Atas dasar bertanggungjawab terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew mengumumkan peletakan jawatannya selepas parti itu hanya menang empat daripada lapan kerusi yang ditandingi. Beliau yang meminta maaf kepada ahli DAP, berkata surat peletakan jawatan akan diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng esok. “Ini adalah keputusan peribadi saya dan saya mahu memohon maaf kepada ahli DAP, rakan seperjuangan DAP dan penyokong kerana tidak mencapai sasaran yang diharapkan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.  DAP bukan sahaja gagal membantu PH membentuk…

Read More

Adakan PRU dalam masa terdekat

SEREMBAN 21 Nov . – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar diadakan dalam masa terdekat agar mandat baharu dapat diberikan semula kepada rakyat, kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berpendapat jika PRU15 itu diadakan dalam tempoh masa berkenaan ia memberi peluang terbaik kepada BN berdasarkan kepada sentimen rakyat ketika ini. Katanya perkara itu turut disuarakan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam selepas BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. “Suka atau tidak kita tunggu sehingga Julai nanti sebab perjanjian (memorandum persefahaman kerajaan dan pembangkang) hingga…

Read More

77 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 21 Nov. – Sebanyak 77 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dengan lima kluster baharu melibatkan 28 kes yang membawa jumlah keseluruhan meningkat kepada 14,591. Menurut Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar, terdapat tambahan 28 kes baharu kepada lapan kluster aktif yang sedia ada pada hari ini yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya. Semua kluster baharu berkaitan tempat kediaman termasuk asrama pekerja yang menjadikan jumlah kluster aktif 153 selepas enam kluster ditutup setelah tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari. Sementara itu sebanyak 21…

Read More

Kes harian di Malaysia turun

PUTRAJAYA 21 Nov. –  Kes jangkitan harian Covid-19 hari ini terus turun kepada 4,854 kes berbanding 5,859 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatifnya di negara ini mencecah 2,586,601 kes.  Beliau berkata daripada jumlah kes harian itu sebanyak 98.2 peratus atau 4,768 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 86 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima. Dalam kenyataannya, beliau berkata, kes sembuh pula mencatatkan 5,525 kes, menjadikan kumulatif kes yang pulih daripada jangkitan kini 2,487,809, manakala tiga kluster baharu dikenal pasti dengan menjadikan kluster aktif kini 235. Sebanyak…

Read More

Thailand rekod 7,006 kes baharu

BANGKOK 21 Nov. – Thailand merekodkan 29 kematian Covid-19 dan 7,006 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan 20,387 meninggal dunia dan 2,064,581 kes. Sebanyak lapan kes import dilaporkan manakala 6,998 merupakan kes jangkitan tempatan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 756 kes di samping dua wilayah di selatan yang merekodkan 485 dan 231 kes jangkitan. Justeru, pihak berkuasa kesihatan melakukan kempen vaksinasi di dua wilayah berkenaan meliputi Narathiwat, Yala dan Nakhon Si Thammarat bagi mengurangkan kes serta kematian. Pada Sabtu sebanyak…

Read More