2,227 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Nov. – Filipina merekodkan 2,227 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,826,410.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 47,074 orang berikutan 175 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Pada masa yang sama, sebanyak 3,152 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 2,758,235 orang atau 97.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula adalah sebanyak 21,101, berkurangan daripada 22,070 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment