Kes sembuh harian atasi kes positif

JAKARTA 22 Nov. – Kes sembuh harian di Indonesia mengatasi kes positif hari ini dengan merekodkan 331 orang pesakit sembuh manakala 314 kes positif dikesan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 4,101,547 orang berbanding kes positif sebanyak 4,253,412.

Bagi kes kematian, sebanyak 11 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 143,739 orang.

Terdapat lima provinsi yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta sebanyak 121 orang dan kumulatifnya 849.366, diikuti Lampung 33 (45,230), Jawa Tengah 28 (454,489), Jawa Barat 24 (691,464) dan Jawa Timur 20 (369,237).

Jakarta juga merekodkan kes harian tertinggi dengan 111 kes dan kumulatifnya 863,456, diikuti Jawa Barat 36 (707,314), Nusa Tenggara Timur 35 (63.926), Jawa Timur 22 (399,127) dan Jawa Tengah 20 (486,054).

Sementara itu kes kematian pula direkodkan di Jawa Timur (3), Jawa Tengah (2),  Jawa Barat (2), sementara satu kes masing-masing di Riau, Bali, Lampung dan Kalimantan Tengah.

Bagi program vaksinasi, penerima vaksin dos pertama bertambah sebanyak 393.277 orang menjadikan jumlah keseluruhan 134.418.286 orang manakala penerima dos kedua bertambah 460.144 orang menjadikan jumlah kumulatif 89,220,341.

Related posts

Leave a Comment