Singapura catat penurunan kes

SINGAPURA 21 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,670 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini dengan lapan lagi pesakit meninggal dunia.

Angka kes jangkitan itu lebih rendah berbanding 1,931 yang direkodkan pada Sabtu dan 1,734 pada Jumaat.

Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 1,577 adalah kes dalam masyarakat, 13 kes import dan 80 kes asrama pekerja asing.

Setakat ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 252,188

Bagi kematian pula, lapan kes melibatkan individu berusia 63 hingga 95 tahun yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 662 kematian.

Sementara itu, sebanyak 1,362 pesakit masih dirawat di hospital di mana 186 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 44 dalam keadaan tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 60 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Seramai 2,640 pesakit dibenarkan pulang dengan 448 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Bagi program vaksinasi, sebanyak 85 peratus penduduk lengkap divaksin, 86 peratus menerima satu dos dan 23 peratus sudah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment