Kes harian di Malaysia turun

PUTRAJAYA 21 Nov. –  Kes jangkitan harian Covid-19 hari ini terus turun kepada 4,854 kes berbanding 5,859 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatifnya di negara ini mencecah 2,586,601 kes. 

Beliau berkata daripada jumlah kes harian itu sebanyak 98.2 peratus atau 4,768 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 86 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, kes sembuh pula mencatatkan 5,525 kes, menjadikan kumulatif kes yang pulih daripada jangkitan kini 2,487,809, manakala tiga kluster baharu dikenal pasti dengan menjadikan kluster aktif kini 235.

Sebanyak 541 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 267 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini adalah 1.01, dengan Putrajaya mencapai Rt tertinggi iaitu 1.17 diikuti Labuan (1.16) dan Kuala Lumpur, Kelantan serta Selangor masing-masing 1.08.

Related posts

Leave a Comment