77 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 21 Nov. – Sebanyak 77 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dengan lima kluster baharu melibatkan 28 kes yang membawa jumlah keseluruhan meningkat kepada 14,591.

Menurut Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar, terdapat tambahan 28 kes baharu kepada lapan kluster aktif yang sedia ada pada hari ini yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya.

Semua kluster baharu berkaitan tempat kediaman termasuk asrama pekerja yang menjadikan jumlah kluster aktif 153 selepas enam kluster ditutup setelah tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari.

Sementara itu sebanyak 21 kes baharu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Sebanyak 76 kes disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh meningkat kepada 14,062 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 431 kes.

“Dalam kalangan kes-kes yang sedang ada dalam rawatan sekarang, lima kes adalah dalam Kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation),” katanya,

Beliau juga memberitahu tiada kes lain dikategorikan dalam Kategori 4, iaitu yang di bawah pemantauan rapi dan memerlukan bantuan oksigen.

“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 4,744 sampel diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 586,175 ujian,” katanya.

Related posts

Leave a Comment