Thailand suntik 84.09 juta dos vaksin

BANGKOK 13 Nov. – Sebanyak 84.09 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan untuk penduduk Thailand di mana 45.06 juta atau 62.6 peratus dos pertama, 36.28 juta atau 50.4 peratus dos kedua dan 2.74 juta atau 3.8 peratus dos ketiga. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, semalam 773,944 dos telah diberikan meliputi 259,689 dos pertama,, 481,230 dos kedua dan 33,025 dos ketiga di mana setakat ini 54.2 peratus penduduk yang layak telah lengkap vaksinasi. Jumlah kes harian yang direkodkan hari ini pula adalah 7,057, kurang sedikit berbanding 7,305 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah…

Read More

Filipina catat 1,997 kes baharu

MANILA 13 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,997 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,815,080. Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian juga meningkat kepada 45,272 orang apabila 238 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini. DoH juga merekodkan 1,696 pesakit sembuh hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 2,740,426 orang pulih. Kes aktif pula meningkat kepada 29,382 berbanding 29,105 yang dilaporkan semalam.

Read More

Nikmat hilang jika lalai

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat bahawa kelonggaran daripada Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dinikmati boleh jika mereka berterusan lalai. Seri Paduka bertitah semua pihak mengambil iktibar daripada pelbagai ujian sebelum ini selain terus memainkan peranan sehingga negara bebas sepenuhnya daripada wabak Covid-19. Al Sultan Abdullah dalam pada itu turut menasihati rakyat agar terus bersabar, menjaga kesihatan diri dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengekang penularan pandemik itu. “Beta percaya, setiap badai yang melanda akan berhenti jua,…

Read More

Fokus bendung pandemik berhasil

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Fokus utama kerajaan untuk membendung penularan pandemik Covid-19 mula membuahkan hasil berkat kerjasama semua pihak dan pelaksanaan strategi yang berkesan. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjadi pemangkin kepada usaha pemulihan ekonomi dengan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial termasuk pergerakan merentas negeri. Katanya, selain berjaya memberi vaksin kepada lebih 95 peratus populasi dewasa dan lebih 66 peratus populasi remaja setakat 2 November, kes jangkitan harian Covid-19 juga berjaya diturunkan dan memberi kelegaan kepada rakyat serta petugas barisan hadapan. Secara…

Read More

Kes harian baharu 5,809

PUTRAJAYA 13 Nov. – Angka kes harian Covid-19 di negara ini sedikit berkurangan dengan 5,809 kes baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 2,541,147 kes. Semalam, Malaysia mencatatkan pertambahan kes melebihi 6,000 untuk tiga hari berturut-turut apaila 6,517 kes direkodkan dan dua hari sebelumnya 6,323 dan 6,243.

Read More

Thailand Pengerusi APEC 2022

BANGKOK 13 Nov. – Thailand mengambil alih jawatan pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2022 daripada New Zealand dengan mengumumkan tema APEC 2022 – Open. Connect. Balance. Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata, tema itu bermaksud APEC membuka pelbagai peluang, berhubung dalam apa juga dimensi serta seimbang dalam semua aspek. Pada majlis penyerahan yang diadakan secara maya malam tadi, Prayuth berkata Thailand berbesar hati untuk menjadi tuan rumah APEC 2022 dan bersedia menyambut kedatangan keluarga APEC serta tetamu ke negara itu pada November 2022. Beliau mempelawa pemimpin APEC untuk ‘sinergi’ kekuatan…

Read More

Penggalak: 40% tidak hadir janji temu

BATU KAWAN 13 Nov. – Kira-kira 40 peratus rakyat negeri ini membabitkan warga emas yang menerima janji temu melalui MySejahtera untuk mendapatkan dos penggalak dilaporkan tidak hadir bagi mendapatkan pelalian berkenaan. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, keadaan itu didapati berlaku disebabkan isu keyakinan terhadap dos penggalak serta jenama vaksin yang dilihat menjadi faktor rakyat masih belum dapat menerimanya. “Hal ini menjadi cabaran baharu untuk kita kerana sebelum ini kita nak galak semua dapatkan vaksin dan syukurlah kita capai peratusan yang tinggi. “Namun, bagi suntikan dos penggalak kita dapati isu…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik lagi

PUTRAJAYA 13 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia terus meningkat dengan merekodkan 1.04 semalam berbanding 1.00 pada hari sebelumnya. Tiga negeri mencatatkan kadar sama atau melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.17, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.06 dan Selangor 1.04. Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan Rt lebih rendah berbanding purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan 1.03, Pahang 1.02, Kelantan 1.01, Ini diikuti Sabah 0.99, Perlis 0.98, Melaka 0.97, Kedah 0.96, Johor 0.95, Terengganu 0.92, Pulau Pinang 0.91, Perak 0.90 dan Sarawak 0.88. Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan lapan kes. Kadar…

Read More

3,099 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 13 Nov. – Sebanyak 3,099 kes baharu Covid-19 di Singapura dilaporkan setakat tengah hari semalam, Jumaat (12 Nov.) meningkat sedikit berbanding 2,396 yang dilaporkan pada Khamis. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), bagi tempoh yang sama, sebanyak 14 lagi pesakit meninggal dunia disebabkan komplikasi akibat jangkitan Covid-19 itu. Dengan perkembangan ini, jumlah kes jangkitan yang direkodkan adalah 233,176 dengan jumlah kumulatif kematian pula 562 orang. Daripada 3,099 yang direkodkan, sebanyak 2,965 adalah kes baharu dalam masyarakat, enam kes import, 128 kes baharu di asrama pekerja asing. Mengenai kematian, individu terlibat adalah…

Read More

Sekatan jika belum ambil vaksin

AUSTRIA  mungkin mengumumkan perintah berkurung kepada individu yang belum mendapatkan vaksin Covid-19 susulan kes harian yang semakin melonjak di negara itu. Canselor Alexander Schallenberg bagamanapun tidak menyatakan bila arahan itu akan berkuat kuasa tetapi pihaknya memberi lampu hijau untuk mengenakan sekatan terhadap individu yang belum divaksinasi. Langkah itu susulan Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital semakin tertekan. Bagaimanapun, perintah berkurung akan dikenakan di bandar yang terjejas teruk termasuk Salzburg, bermula Isnin ini. Kira-kira 65 peratus daripada penduduk Austria telah diberikan vaksin sepenuhnya, negara itu antara yang terendah di Eropah Barat.…

Read More