Kadar kebolehjangkitan naik lagi

PUTRAJAYA 13 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia terus meningkat dengan merekodkan 1.04 semalam berbanding 1.00 pada hari sebelumnya.

Tiga negeri mencatatkan kadar sama atau melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.17, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.06 dan Selangor 1.04.

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan Rt lebih rendah berbanding purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan 1.03, Pahang 1.02, Kelantan 1.01,

Ini diikuti Sabah 0.99, Perlis 0.98, Melaka 0.97, Kedah 0.96, Johor 0.95, Terengganu 0.92, Pulau Pinang 0.91, Perak 0.90 dan Sarawak 0.88.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan lapan kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment