Filipina catat 1,997 kes baharu

MANILA 13 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,997 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,815,080.

Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian juga meningkat kepada 45,272 orang apabila 238 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini.

DoH juga merekodkan 1,696 pesakit sembuh hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 2,740,426 orang pulih.

Kes aktif pula meningkat kepada 29,382 berbanding 29,105 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment