PUTRAJAYA 2 Julai – Sebanyak 263,012 dos vaksin diberikan kepada penerima di seluruh negara, semalam, sekali gus menjadi kadar kedua tertinggi yang pernah dicatatkan di negara ini.

Kadar  suntikan vaksin yang tertinggi pernah direkodkan sebelum ini dalam tempoh 24 jam ialah pada 24 Jun lalu, iaitu 268,604 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memaklumkan sebanyak 178,148 dos pertama vaksin diberikan kepada penerima semalam, manakala 84,864 suntikan bagi dos kedua.

Berdasarkan perangkaan keseluruhan, prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini memasuki bulan kelima, sejak dilaksanakan Februari lalu turut menyaksikan seramai 2,393,882 orang atau 7.3 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah menerima dua dos suntikan lengkap vaksin.

Setakat semalam, sebanyak 8,346,697 dos vaksin diagihkan dan 5,952,815 atau 18.2 peratus ialah dos pertama.

Related posts

Leave a Comment